Tel: 6776 5612
www.tenteradiraja.sg
Masjid Tentera DiRaja

Description

Memupuk disiplin diri, memperkasakan minda dan fizikal melalui pembelajaran seni mempertahankan diri Silat. Program ini bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui aktiviti yang sihat dan mengikuti sunnah Nabi SAW. Dengan badan yang sihat, minda juga akan cerdas. Program ini mempersiapkan individu untuk menghadapi cabaran dunia dan agama.

Hari: Setiap Jumaat
Masa: 7:30 malam - 9:30 malam
Umur: 7 tahun ke atas

Antara objektif program ini adalah untuk:

Belajar seni bela diri dalam suasana yang menggalakkan penghayatan agama.
Menghidupkan sunnah Nabi SAW melalui aktiviti fizikal yang berlandaskan nilai-nilai Islam.
Membangunkan kesihatan fizikal bagi mencerdaskan minda dan memperkukuhkan semangat keislaman.
Hadis Nabi SAW:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan pada keduanya ada kebaikan."

Yuran Program:

Yuran Pendaftaran: $10 (sekali sahaja)
Yuran 3 Bulan: $45